Dasar Kerajaan terhadap Pembangunan Ekonomi Orang Melayu di Kuala Lumpur 1957-1974

Government Policy on the Economic Development of Malays in Kuala Lumpur 1957-1974

المؤلفون

  • Muhammad Irfan Izhar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) & IRIS Institute
  • Zubaidah V.P. Hamzah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

DOI:

https://doi.org/10.47548/ijistra.2023.75

الكلمات المفتاحية:

Pembangunan Ekonomi، Orang melayu، Kuala Lumpur، Dasar

الملخص

Artikel ini membincangkan tema pembangunan ekonomi orang Melayu di Kuala Lumpur selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Perkembangan ekonomi orang Melayu di Kuala Lumpur pada tahun 1957 hingga 1974 dipengaruhi oleh dasar-dasar pembangunan ekonomi kerajaan dan peranan Majlis Perbandaran Kuala Lumpur (MPKL) yang memberi kesan langsung kepada ekonomi Melayu. Pembangunan ekonomi orang Melayu terbahagi kepada dua fasa yang memperlihatkan perbezaan yang ketara, iaitu sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB). Perbezaan dilihat dari segi pelaksanaan dan perubahan dasar kerajaan pusat serta peranan MPKL dalam menangani permasalahan ekonomi orang Melayu di Kuala Lumpur. Selain itu, antara masalah ekonomi utama yang dikenal pasti adalah kekurangan ruang dan peluang ekonomi untuk orang melayu yang terhad di Kuala Lumpur dan bandar-bandar sekitarnya.  Kongres Ekonomi Bumiputera 1965 dan Seminar Ekonomi Bumiputera 1973 adalah titik perubahan yang signifikan kepada peranan kerajaan dalam mengurangkan permasalahan ekonomi serta memperbaiki dasarnya untuk menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam bidang perdagangan dan perusahaan dengan kerjasama agensi lain. Kedua-dua resolusi tersebut berjaya menggerakkan usaha untuk menambah ruang dan peluang ekonomi orang Melayu melalui penyediaan infrastruktur, khidmat latihan, bantuan pinjaman modal, dan pasaran bagi perniagaan dan perusahaan Melayu di Kuala Lumpur. Dapatan kajian ini boleh menjadi rujukan dan panduan kepada para pengkaji lain untuk mendalami pengkajian sejarah ekonomi dan hubungannya dengan aspek sosial orang Melayu.

 

 

This article discusses the theme of Malay economic development in Kuala Lumpur after the independence of Malaya. The economic development of Malays in Kuala Lumpur from 1957 to 1974 was influenced by government economic policies and the role of Kuala Lumpur Municipal Council (MPKL), which had a direct impact on Malay economic development. The economic development of Malays can be divided into two distinct phases, before and after the New Economic Policy (NEP). Differences can be observed in terms of the implementation and changes in central government policies and the response of MPKL in addressing the economic issues of Malays in Kuala Lumpur. In addition, one of the major economic problems identified was the lack of space and economic opportunities for Malay in Kuala Lumpur and surrounding cities. The Bumiputera Economic Congress of 1965 and the Bumiputera Economic Seminar of 1973 were significant turning points in the government's role in reducing economic issues and improving its policies to encourage Malay participation in trade and business through collaboration with other agencies. Both resolutions successfully spurred efforts to expand economic opportunities for Malays through the provision of infrastructure, training services, capital loans, and markets for Malay businesses and enterprises in Kuala Lumpur. The findings of this study can be a reference and guidance for other researchers to deepen the study of economic history and its relationship with the social aspects of the Malays.

التنزيلات

بيانات التنزيل غير متوفرة بعد.

المراجع

9809 PT.3. (n.d.). Perangkaan Bumiputera dalam Bidang Perdagangan dan

Perusahaan. JPN Rahsia 40000/67 Jld II. Memorandum daripada Perdana Menteri.

Beaglehole, J. (1969). Malay Participation in Commerce and Industry: The Role of RIDA and MARA,. Journal of Commonwealth Political Studies, pg. 216 – 245.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. (n.d.). Laporan Tahunan 1973.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. (n.d.). Laporan Tahunan 1974.

Dewan Rakyat. (1960). Parliamentary Debates Official Report vol. 1 no.3, 23th November 1959. Kuala Lumpur.

GDPMM. (1973). Suara Gabungan Bil. 1, Jil. 1.

Government of Malaysia. (1967). First Malaysia Plan 1966-1970. Kuala Lumpur: The Government Press.

K. L. M. 1273/57 Pt.1. (n.d.). Re-development of Wholesale Market Site, Jalan Skola, Kuala Lumpur, (ii) Wholesale Market at Jalan Maxwell / Ipoh Road.

K. L. M. 358/57. (n.d.). Allocation of Shop Stalls – Kampong Dato Keramat.

K. L. M. 392/57. (n.d.). Application for Meat Stall. Malay Commercial Agencies.

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan. (2 Ogos 1957). Surat R. Khalid kepada Setiausaha Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. C. & I. (T) 0.1057:5.

Majalah Puspaniaga Bil. 1, J. 1. (Ogos 1973).

Majlis Amanah Rakyat. (n.d.). Laporan Tahunan MARA 1965. Kuala Lumpur: Ibu Pejabat MARA.

Majlis Amanah Rakyat. (n.d.). Laporan Tahunan MARA 1966. Kuala Lumpur: Ibu Pejabat MARA.

Majlis Amanah Rakyat. (n.d.). Laporan Tahunan MARA 1967. Kuala Lumpur: Ibu Pejabat MARA.

Majlis Amanah Rakyat. (n.d.). Laporan Tahunan MARA 1968. Kuala Lumpur: Ibu Pejabat MARA.

Majlis Amanah Rakyat. (n.d.). Laporan Tahunan MARA 1969. Kuala Lumpur: Ibu Pejabat MARA.

Majlis Amanah Rakyat. (n.d.). Laporan Tahunan MARA 1972. Kuala Lumpur: Ibu Pejabat MARA.

Majlis Amanah Rakyat. (n.d.). Laporan Tahunan MARA 1974. Kuala Lumpur: Ibu Pejabat MARA.

Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. (1971). P.U. (A) 49 dan P.U. (A) 195, Undang-Undang Kecil Perbandaran Kuala Lumpur (Penjaja) Pindaan (No.2) 1971. Bahagian Urusetia Perbandaran Majlis Perbandaran Kuala Lumpur.

Muhammad Irfan bin Izhar. (2019). Perkembangan Ekonomi Orang Melayu di Kuala Lumpur pada Tahun 1957-1974. Bangi: Pusat Dasar dan Governans Global, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pesurohjaya Ibu Kota Kuala Lumpur. (n.d.). Annual Report 1958.

Pesurohjaya Ibu Kota Kuala Lumpur. (n.d.). Annual Report 1959.

Pesurohjaya Ibu Kota Kuala Lumpur. (n.d.). Annual Report 1960.

Pesurohjaya Ibu Kota Kuala Lumpur. (n.d.). Annual Report 1961.

Pesurohjaya Ibu Kota Kuala Lumpur. (n.d.). Annual Report 1962.

Pesurohjaya Ibu Kota Kuala Lumpur. (n.d.). Annual Report 1963.

Pesurohjaya Ibu Kota Kuala Lumpur. (n.d.). Annual Report 1964.

Pesurohjaya Ibu Kota Kuala Lumpur. (n.d.). Annual Report 1965.

Pesurohjaya Ibu Kota Kuala Lumpur. (n.d.). Annual Report 1966.

Pesurohjaya Ibu Kota Kuala Lumpur. (n.d.). Annual Report 1967.

Pesurohjaya Ibu Kota Kuala Lumpur. (n.d.). Annual Report 1968.

Pesurohjaya Ibu Kota Kuala Lumpur. (n.d.). Annual Report 1969.

RIDA 8611/15. (1959). Lembaga Kemajuan Kampong dan Perusahaan.

Seminar Ekonomi Bumiputera. (1973). Perbincangan dan Resolusi Bengkel “I” (Bengkel: Perniagaan Kecil), 5 April 1973. Kuala Lumpur: Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.

Unit Perancang Ekonomi. (1973). Kajian Semula Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975. Kuala Lumpur: Jabatan Pencetakan Kerajaan.

التنزيلات

منشور

2023-10-31

كيفية الاقتباس

Izhar , M. I. ., & V.P. Hamzah, Z. . (2023). Dasar Kerajaan terhadap Pembangunan Ekonomi Orang Melayu di Kuala Lumpur 1957-1974 : Government Policy on the Economic Development of Malays in Kuala Lumpur 1957-1974 . International Journal of Interdisciplinary and Strategic Studies, 4(7), 458-466. https://doi.org/10.47548/ijistra.2023.75