Agenda Imperialisme dalam Malaysia Pascamerdeka

The Imperialism Agenda in Post-independent Malaysia

Penulis

  • Mohd Shazwan Mokhtar Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.47548/ijistra.2026.122

Kata Kunci:

Imperialisme, Penyahjajahan, Ekonomi politik, Sejarah, Malaysia

Abstrak

Penulisan ini meneliti legasi kolonial British dalam pembentukan dan pembangunan Malaysia dengan memberi tumpuan kepada wacana penyahjajahan dalam historiografi dan ekonomi politik negara. Walaupun Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan dibentuk secara rasmi pada tahun 1963, struktur institusi politik, ekonomi dan epistemologi yang diwarisi daripada pentadbiran kolonial terus mempengaruhi trajektori pembangunan negara. Penulisan ini menggunakan pendekatan analisis sejarah kritikal berasaskan penelitian terhadap rekod kolonial, penulisan sarjana tempatan dan antarabangsa, serta wacana dasar pasca merdeka bagi menilai kesinambungan dan transformasi legasi tersebut. Perbincangan memfokuskan empat dimensi utama: (1) grand design British dalam pembentukan negara dan kerangka masyarakat majmuk; (2) polemik naratif “Tanah Melayu tidak dijajah” dan implikasinya terhadap kefahaman kedaulatan; (3) pembentukan struktur ekonomi berasaskan pengeluaran komoditi dan peranan Malaysia dalam rangkaian ekonomi imperial; serta (4) kedudukan Tanah Melayu/Malaysia dalam blok Sterling sebagai manifestasi kesinambungan ekonomi imperial pasca 1957. Analisis menunjukkan bahawa proses penyahjajahan yang berlaku bersifat berperingkat dan terhad, dengan sebahagian struktur imperial kekal berfungsi dalam bentuk baharu melalui mekanisme perdagangan, kewangan dan kerangka institusi. Penulisan ini berhujah bahawa memahami legasi kolonial secara empirikal dan kritikal bukan bertujuan menafikan pencapaian kemerdekaan, tetapi untuk memperkukuh wacana kebangsaan berteraskan sumber primer serta membina dasar yang lebih berdaulat. Dengan menilai semula naratif sejarah dari lensa tempatan tanpa menolak sepenuhnya sumber kolonial, penulisan ini menyumbang kepada perbahasan kontemporari tentang dekolonialisasi, pembinaan negara bangsa dan kedaulatan dalam konteks pascakolonial.

 

This article examines the British colonial legacy in the formation and development of Malaysia, with particular attention to decolonization discourses in historiography and political economy. Although Malaysia achieved independence in 1957 and was formally established in 1963, inherited political, economic, and epistemological institutional structures continue to shape its development trajectory. The study employs a critical historical analytical approach based on colonial records, local and international scholarship, and post-independence policy discourse to assess both continuity and transformation within this colonial legacy. The discussion focuses on four dimensions: (1) the British “grand design” in shaping state formation and a plural society framework; (2) the contested claim that “Malaya was not colonized” and its implications for sovereignty narratives; (3) the development of a commodity-based economic structure and Malaysia’s integration into imperial economic networks; and (4) Malaya/Malaysia’s position within the Sterling Bloc as evidence of continued imperial economic linkage after 1957. The analysis suggests that decolonization was gradual and partial, with key imperial structures persisting in modified forms through trade, finance, and institutional arrangements. The article argues that critically engaging with the colonial legacy is not intended to negate the achievements of independence, but to strengthen national discourse grounded in primary sources and to support more sovereign policy orientations. By re-evaluating historical narratives from a locally grounded perspective while not totally rejecting colonial sources, this study contributes to ongoing debates on decolonization, nation-building, and sovereignty in postcolonial contexts.

Unduhan

Data unduhan belum tersedia.

Referensi

Abdul Rahman Embong. (2012). Negara-bangsa: Proses dan Perbahasan. Ed. Ke-2. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmat Adam. (2013). Melayu, Nasionalisme Radikal dan Pembinaan Bangsa. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaysia.

Booth, A.E. (2007). Colonial Legacies: Economic and Social Development in East and Southeast Asia. Honolulu: University of Hawai’i Press.

Chiang, Hai Ding. (1967). A History of Currency in Malaysia and Singapore. In J. Purcal (Ed.). The Monetary System of Singapore and Malaysia: Implications of the Split Currency, pp. 1-9. Singapore: Stamford College Press Ltd.

Farish A. Noor. (2022). The Appendices of Empire: Why Writings from the Colonial Era Need to be Read in Their Entirety. Sejarah: Journal of History Department, University of Malaya 31(1): 18-33.

Jomo, K.S. & Wee, Chong Hui. (2014). Malaysia@50: Economic Development, Distribution. Disparities. Petaling Jaya: SIRD.

Milner, A.C. (1987). Colonial records history: British Malaya. Modern Asian Studies 21(4): 773-792.

Mohd Shazwan Mokhtar. (2022). Peranan Jabatan Pertanian dan Diversiti Pertanian Kolonial di Tanah Melayu, 1920-1938. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies 49(3): 1-26.

Mohd Shazwan Mokhtar. (2023). Pasaran Buruh dan Standard Hidup di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ketika Kemelesetan Ekonomi, 1929-1938. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies 50(3): 288-305.

Mohd. Samsudin. (2016). Persekutuan Malaysia 1961-1966. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Office of Historian. (T.th). Decolonization of Asia and Africa, 1945-1960. United States Department of State. https://history.state.gov/milestones/1945-1952/asia-and-africa

Pejabat Perdana Menteri. (2008). Ucapan Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad dalam the Luncheon Hosted by the Confederation of British Industry, London, 23 Julai 1987. https://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=1242

Shakila Yacob & White, N.J. (2010). The ‘Unfinished Business’ of Malaysia’s Decolonisation: The Origin of the Guthrie ‘Dawn Raid’. Modern Asian Studies 44(5): 919-960.

Smith, S. C. (1995). British Relations with the Malay Rulers from Decentralization to Malayan Independence 1930-1957. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Stockwell, A.J. (2003). Malaysia: The Making of a Grand Design. Asian Affairs 34(3): 227-242.

Sutton, A. (2016). British Imperialism and Political Economy of Malaysia Independence. The Journal of Imperial and Commonwealth History 44(3): 470-491.

Ungku A. Aziz. (1987). Jejak-jejak di Pantai Zaman. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

United Nations. (T.th). Decolonization. https://www.un.org/en/global-issues/decolonization

White, N.J. (2016). Malaya and Sterling Area Reconsidered: Continuity and Change in the 1950s. In Shigeru Akita & N.J. White (Eds). The International Order of Asia in the 1930s and 1950s, pp. 151-178. New York: Routledge.

Zainal Abidin Abdul Wahid. (1991). Sejarah Malaysia: Penafsiran dan Penulisan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zainal Abidin Ahmad. (2018). Perangai Bergantung pada Diri Sendiri. Ed. Khas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

##submission.downloads##

Diterbitkan

2026-05-29

Cara Mengutip

Mokhtar, M. S. (2026). Agenda Imperialisme dalam Malaysia Pascamerdeka: The Imperialism Agenda in Post-independent Malaysia. International Journal of Interdisciplinary and Strategic Studies, 7(12), 727-733. https://doi.org/10.47548/ijistra.2026.122